Orang yang mencintai Ilahi
Dirinya tak keluh - kesah
Apabila ditimpa ujian
Kerana dia yakin dengan kasih Tuhan
Orang yang cintanya pada Ilahi melebihi segalanya
Tidak melatah apabila orang tersayang dirampas
kerana walupun dia kehilangan
dia masih bermodalkan cinta Ilahi
Orang yang benar-benar menghayati cintanya kepada Ilahi
sentiasa pasrah kepadaNya
sabar menepuh ujian
kerana dia tahu ujian itu adalah tarbiah daripadaNya
Orang yang benar-benar mencintai Ilahi
juga harapkan kebahagiaan di dunia
tetapi jika tak dapat dimiliki
dia harapkan keindahan disana
kerana dunia ini hanya pinjaman
dan dirinya hanya barang pinjaman
yang dipinjam untuk sementara didunia ini
0 comments:
Post a Comment