entry kali ni dewi nak meluahkan pendapat dewi tentang lelaki..
ada satu rasa tak puas hati dewi pada lelaki yang tidak menghargai perempuan..kenapa ye, lelaki selalu berkasar dgn perempuan? kenapa suka menengking, memukul, mengherdik di depan umum, membiarkan perempuan yang kesakitan tanpa bantuan, ambil kesempatan pada yang memerlukan pertolongan n etc..? why guys? walaupun bukan semua yang bersikap begitu tetapi penindasan makin berleluasa pada kaum wanita..
wanita memang lemah, mudah percaya pada pujuk rayu, percaya pada pujian, percaya pada keikhlasan lelaki tanpa ada buruk sangka walau sedikit pun..kerana wanita dilahirkan dengan sifat penuh kelembutan dan tiada syakwasangka..lelaki jgn ambil kesempatan, sekiranya wanita terjebak ke jalan yang salah, bimbinglah dia kerana lelaki dilahirkan untuk memimpin bukan menjebakkan terus wanita itu ke lembah kehinaan..tetapi kini wanita moden sudah dibekalkan dengan ilmu dan kerjaya yang baik, dan mereka lebih bersifat tegas dan bijak dalam membuat keputusan..
lelaki suka memandang wanita dengan nafsu..kenapa lelaki? tiada perkara lainkah dlm fikiran anak adam selain nafsu dan seterusnya bertindak mencabul, merogol dan membunuh wanita yang tidak berdosa..mengapa biarkan nafsu beraja dalam hati? kemudian mula menyesal,apabila nyawa tidak dpt dikembalikan dan maruah tidak dpt diganti..maaflah kalau ada lelaki yang marahkan kenyataan ini..tapi ini adalah situasi yang berlaku pada zaman ini..pernahkah sebelum kita lakukan sesuatu pada sesorang wanita kita berfikir dulu baik dan buruknya..tolong berfikir bagi pihak wanita itu tentang masa depannya, tentang keluarganya, tentang impiannya..tolong fikirkan..jgn hanya tahu berseronok kerana semua orang tahu, kegembiraan ini hanya sementara..
yang paling menyakitkan hati sekali adalah meragut..lelaki, berhenti meragut..kasihan wanita...nk bawa bag tangan pun kena berhati2..tidak amankah lagi negara sendiri kalau nak bawa bag tangan pun kena kepit2..sorok2..bosanlah..penat dgn jenayah..penat dgn ketakutan..kami nak bebas..bebas di tempat tinggal kami sendiri..
maafkan dewi ya wahai lelaki..dewi tau bukan semua bersikap begitu..kita manusia tidak sempurna..dewi akui..perempuan selalu menangis dalam diam, memendam perasaan apabila lelaki menunjukkan sifat2 yang menakutkan seperti memukul, mengherdik dan sebagainya..cuba bandingkan, bila bersama keluarga, wanita di layan penuh kasih sayang, dan tetap cuba sembunyikan penderitaan mereka dari keluarga dan bercerita yg baik2 tentang lelaki..dan akhirnya wanita tetap menerima setiap kemarahan lelaki atas nama sayang..
ntahlah..fikir2 lsh sendiri..
Search This Blog
Sunday, September 9, 2012
lelaki oh lelaki
Posted by Unknown at 11:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment