hai..dewi xjemu untuk bercerita tentang terima kasih..
adakah kita sudah berterima kasih kepada ibu bapa kita pada hari ini?
adakah kita sudah berterima kasih kepada rakan sekerja kita? pada adik beradik? pada jiran? pada para peniaga atau sesiapa shj yg kita temui pd hari ini?..sudah ker?.. dan yg paling penting, sudahkah kita berterima kasih kpd Allah SWT yg telah byk memberi kita kesenangan, kelapangan hati, kemurahan rezeki, dugaan yg memberi kesabaran dan sejuta satu kebaikan..?
mengapa, dewasa ini kita seolah2 berat mulut untuk mengucapkan terima kasih sedangkan ucapan itu amat mudah diluahkan.. sudah hilangkah rasa penghargaan dan keikhlasan kita pd seseorg jika rasa terima kasihpun tidak mampu kita tonjolkan..terima kasih, bkn hanya ucapan dibibir semata2..sebaik2nya disertai dgn rasa ikhlas yg kita memang ingin mengucapkannya..betapa kita menghargai budi baik seseorang kpd kita..
biarlah sekecil zarahpun sesebuah pertolongan dan perngorbanan yg kita terima, selayaknya kita merasa syukur dan berterima kasih..pada ibubapa misalnya, tidak terhitung rasa terima kasih kita kpd mereka, pengorbanan yg kita lakukan xkan sama dgn apa yg mereka pernah berikan..xkan sama..berjuta wang ringgit yg kita hulurkan, xkan dpt mengubah nilai pengorbanan mereka kpd kita.. berterima kasihlah kpd ibu bapa kita setiap hari, kerana menyenangkan hati dgn perkataan2 yg mengembirakan mereka mampu membuatkan mereka tenang dan sentiasa berdoa kearah kebaikan untuk anak2 tersayang..bukan wang ringgit menjadi ukuran, tetapi perhatian dari anak2 yg tahu berterima kasih kpd mereka yg menjadi ukuran dalam menghabiskan sisa2 waktu yg ada..
biarlah, orang menganggap kita poyo sbb asyik nak berterima kasih..mungkin juga anggap kita nak bodek..tetapi percayalah, perkataan terima kasih itu mampu mengubah dunia..semakin lama kita mengharungi arus kemodenan, semakin kita lupa budi bahasa yg seharusnya kita amalkan..didiklah anak2 kita, generasi seterusnya dgn berterima kasih supaya mereka tahu apa rasanya menghargai pertolongan dan pengorbanan..
:- yg penting, sertakan dgn keikhlasan..hanya sisi pandangan dewi sofia.. :)
Search This Blog
Tuesday, September 11, 2012
terima kasih 2
Posted by Unknown at 5:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment